Wednesday, 21 November 2018

BIODATA

Saya Pengedar Shaklee Untuk Sekitar Setiawangsa dan Wangsa Maju sedia untuk memberikan konsultasi dan informasi yang diperlukan untuk sama-sama kita menjaga kesihatan diri.


Nama saya Aida Azwani. Seorang ibu bekerjaya. Mempunyai 4orang cahaya mata- 3 orang perempuan dan seorang lelaki. Masing-masing berumur 9,8,2 tahun dan 1bulan untuk tahun 2019 ini.

Alhamdulillah, amanat dari Allah yang perlu dijaga membuatkan saya bertekad untuk membantu suami mencari rezeki lebih  dan menunaikan segala keperluan mereka sesempurna mungkin


Blog ini dicipta khas untuk berkongsi pengalaman saya serta  penjagaan kesihatan yang menarik buat tatapan semua.

Juga untuk kongsikan kebaikan pengambilan produk supplemen Shaklee dalam kehidupan seharian kita semua.

Terdetik dalam hati untuk membantu yang lain agar menjadi seperti saya. Lebih sihat dengan pengambilan vitamin semulajadi tanpa ada bahan-bahan terlarang. Mungkin sudah sampai waktu untuk kita berkongsi.

Friday, 16 November 2018

Atasi Masalah Kebas Tangan dan Kaki dengan Shaklee

Apa itu kebas?Kenapa terjadi?Bagaimana cara menghilangkan kerap kebas?

Sebelum jawab apa itu kebas, ada tak sesiapa yang tak pernah alami kebas? Dan tak tahu langsung apa itu kebas. Rasa nya semua pernah mengalami rasa kebas. Wani sendiri pernah merasa kebas ni tau..Kebas biasanya berlaku di sekitar tangan dan kaki. 

Seseorang akan mengalami kekurangan deria rasa dan sentuhan apabila diserang kebas. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Kebas akan berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa.

Kebas terjadi disebabkan oleh masalah peredaran darah yang tidak lancar, kekurangan vitamin dalam tubuh seperti vitamin B12, penghidap diabetis, hipotiroid, kesan sampingan ubat dan apabila berlaku kecederaan saraf seperti akibat kemalangan. 

Punca Kebas Tangan


1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dose


2.Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.

3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.

4. Pergelangan tangan kita pernah cedera.

5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?

6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

7. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.



Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.

2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.

3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.

4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.

5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.

Alternatif dengan supplement shaklee.

Bagaimana merawat kebas dengan shaklee?

Dengan mengamalkan beberapa vitamin dari shaklee, boleh membantu mengurangkan masalah kebas tangan dan kaki. 

Antaranya:

1.B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap

2.Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

2.Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.


Berminat untuk mendapatkan Set Kebas Shaklee? Anda boleh menghubungi Wanie

Untuk Info & Order :

Aida Azwani
0122787972

Shaklee Independent Distributor

ID-954533

Kurangkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee

Kurangkan Buasir Dengan Suplemen Shaklee | 

Buasir ialah keadaan di mana salur darah vena membesar, meradang dan membengkak di bahagian bawah rektum dan dubur.
Terdapat 2 jenis buasir yang diklasifikasikan mengikut di mana berlakunya pembengkakan salur darah vena tersebut. Kedua-dua jenis buasir ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

(1) Buasir Dalaman (Internal Hemorrhoid)

Buasir dalaman berlaku apabila salur darah vena membengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit buasir akan mendapati ada pendarahan selepas membuang air besar, tetapi tidak sakit.

Ada sesetengah pesakit buasir merasakan seperti ada unjuran yang terkeluar daripada dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini akan hilang sendiri, dan sesetengah kes ada yang perlu tolak semula unjuran ini masuk ke dalam.

(2) Buasir Luaran (External Hemorrhoid)

Buasir luaran berlaku apabila salur darah vena membengkak di bahagian bawah kulit luar dubur. Pesakit buasir akan mengalami pendarahan, rasa sakit, rasa gatal atau dubur bengkak semasa membuang air besar. Rasa sakitnya juga berbeza-beza.

Ada pesakit yang mungkin rasa sedikit tidak selesa, ada pesakit yang rasa panas atau amat pedih. Sakit terlalu kuat mungkin berlaku apabila salur darah tersumbat oleh darah beku.

Mengapa buasir berlaku?
Buasir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Namun, buasir biasanya terjadi kepada orang dewasa berusia 30 tahun ke atas, dan juga wanita hamil.

Buasir biasanya disebabkan oleh:

Sembelit. Meneran berlebihan semasa membuang air besar.
Berat badan berlebihan.
Berdiri terlalu lama.
Mengangkat benda berat.
Bagi wanita hamil, pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga perubahan hormon.


Kesemua di atas menyebabkan penambahan tekanan kepada salur darah vena di rektum dan dubur, yang seterusnya menyebabkan salur darah vena membesar dan membengkak menjadi buasir.

Tips Kurangkan Buasir Dalam Aktiviti Harian
Ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk kurangkan buasir, serta meredakan kesakitan apabila terkena buasir.

Ambil lebih serat melalui buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin.
Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya minum 8 gelas air sehari.
Bersenam setiap hari.
Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit, dan membuatkan masalah buasir menjadi lebih teruk.
Mandi dengan air suam untuk kurangkan rasa sakit dan gatal.
Gunakan ais supaya bengkak surut, atau duduk di dalam besen berisi air garam.
Walaubagaimanapun, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut jika buasir berterusan, sembelit teruk, darah dalam najis atau terdapat gangguan pada dubur sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 

Kurangkan Buasir Dengan Set Buasir Shaklee
Di Shaklee, kami mencadangkan 4 suplemen berikut untuk bantu kurangkan sakit buasir:


Fungsi Set Buasir Shaklee dalam membantu kurangkan buasir ialah:

(1) OsteMatrix : Magnesium dalam OsteMatrix bantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar, sekaligus mengatasi masalah buasir.

(2) OmegaGuard : Anti-keradangan. Membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air besar amat perit. OmegaGuard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

(3) Herblax
Merangsang pembuangan najis secara semulajadi..lembutkan najis dan rawat sembelit.. ia juga merangsang otot usus
Pembuangan akan lebih mudah tak perlu meneran

(4)Zinc Plus (Zinc Complex) : Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Zink amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).


Testimoni Pengguna Set Buasir Shaklee
Berikut di antara perkongsian pengguna Set Buasir Shaklee.


Berminat untuk mendapatkan Set Buasir Shaklee ? Anda boleh menghubungi Wanie

Untuk Info & Order :

Aida Azwani
📲0122787972

Shaklee Independent Distributor

ID-954533

Vitamin C Shaklee: Keistimewaan, Kebaikan dan Testimoni

Dalam entri ini wani  akan kongsikan apakah keistimewaan, dan kebaikan vitamin C shaklee yang jadi pilihan ramai. Vitamin C dari Shaklee antara produk Shaklee yang paling banyak peminat dan juga antara "hot" produk Shaklee bagi customer wani sendiri. Vitamin C Shaklee juga dikenali dengan nama panjang dia iaitu Sustained Release Vita C Plus.

Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan fungsi utama sebagai antioksidan. Ia juga penting untuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Vitamin C sangat penting kepada tubuh tapi tubuh tak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Maka, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian dan juga suplemen.

Suplemen Vitamin C dari Shaklee. Keistimewaan Vitamin C Plus Shaklee:

Vitamin C semulajadi yang diekstrak dari jagung.
Sesuai untuk yang ada perut sensitif.
Sistem pelepasan berperingkat - melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dalam badan & mengurangkan pembaziran.

Mengandungi 120mg Bioflavonoid yang akan membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
Setiap tablet Vita C Plus mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulit.
Ujian klinikal membuktikan pengambilan vitamin C dalam 2 tablet dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Kebaikan Vitamin C Shaklee

1- Vitamin C untuk kulit

Merangsang pembentukan kolagen dalam badan dengan mengekalkan enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.
Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
Mengurangkan kerosakan akibat cahaya matahari.
Mencerahkan kulit secara sekata.
Memperbaiki kulit yang berjerawat.
Mencegah / mengurangkan pigmentasi penyebab utama jeragat.
Pemulihan luka, melecur dan ulser.
Berfungsi sebagai agen anti-radang.


2- Vitamin C untuk kesihatan

Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi, bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
Memperbaiki insomnia.
Meningkatkan tenaga dan mencegah keletihan.
Menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter).
Mencegah penyakit buta akibat katarak.
Mencegah batu karang pundi hempedu.
Menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.
Menghindar arteriosclerosis.
Mengekalkan kapilari darah yang sihat.
Mengekalkan kolesterol dan tekanan darah yang sihat.
Memperbaiki stress & masalah berkaitan mental.
Memperbaiki resdung seperti bersin.

3- Vitamin C untuk perangi kanser

meningkatkan interferon semulajadi tubuh untuk merangsang pengeluaran T-cells melawan kanser, membuang kimia berbahaya & menghapus radikal bebas.


Tanda badan kurang vitamin C;

Mudah selsema
Mudah bersin
Mudah deman
Kulit kasar
Mudah stress
Wajah nampak tua dari usia
Anemia
Penyakit skurvi
Luka lambat sembuh
Kolagen makin kurang
Gusi berdarah, bengkak
Rambut kering, bercabang
Hidung berdarah
Badan bengkak, sakit sendi
Kedutan, garis halus dan bintik usia


Makanan yang ada mengandungi Vitamin C

Oren
Kiwi
Betik
Strawberi
Cili merah
Guava
Brokoli
Nanas
Anggur
Mangga
Sawi
Tomato
Beri
Bayam


Berminat untuk mendapatkan Vitamin c Sr Shaklee ? Anda boleh menghubungi Wanie

Untuk Info & Order :

Aida Azwani

Shaklee Independent Distributor

ID-954533

Pengedar Shaklee Setiawanga Dan Kuala Lumpur

ANDA MENCARI PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR ? Assalammualaikum dan Hai.. saya Wanie. Perlukan Ready Stock? Wa...