Friday, 16 November 2018

Atasi Masalah Kebas Tangan dan Kaki dengan Shaklee

Apa itu kebas?Kenapa terjadi?Bagaimana cara menghilangkan kerap kebas?

Sebelum jawab apa itu kebas, ada tak sesiapa yang tak pernah alami kebas? Dan tak tahu langsung apa itu kebas. Rasa nya semua pernah mengalami rasa kebas. Wani sendiri pernah merasa kebas ni tau..Kebas biasanya berlaku di sekitar tangan dan kaki. 

Seseorang akan mengalami kekurangan deria rasa dan sentuhan apabila diserang kebas. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Kebas akan berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa.

Kebas terjadi disebabkan oleh masalah peredaran darah yang tidak lancar, kekurangan vitamin dalam tubuh seperti vitamin B12, penghidap diabetis, hipotiroid, kesan sampingan ubat dan apabila berlaku kecederaan saraf seperti akibat kemalangan. 

Punca Kebas Tangan


1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dose


2.Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.

3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.

4. Pergelangan tangan kita pernah cedera.

5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?

6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

7. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.



Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.

2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.

3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.

4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.

5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.

Alternatif dengan supplement shaklee.

Bagaimana merawat kebas dengan shaklee?

Dengan mengamalkan beberapa vitamin dari shaklee, boleh membantu mengurangkan masalah kebas tangan dan kaki. 

Antaranya:

1.B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap

2.Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

2.Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.


Berminat untuk mendapatkan Set Kebas Shaklee? Anda boleh menghubungi Wanie

Untuk Info & Order :

Aida Azwani
0122787972

Shaklee Independent Distributor

ID-954533

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Setiawanga Dan Kuala Lumpur

ANDA MENCARI PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR ? Assalammualaikum dan Hai.. saya Wanie. Perlukan Ready Stock? Wa...