Monday, 16 September 2019

Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Vitamin Shaklee

Hai dan Salam mesra.. Hari ni wani nak cerita lagi..
Wani nak tulis tentang 'Hilangkan kebas tangan dan kaki dengan Vitamin Shaklee '.

Ramai daripada kita tentunya selalu mengalami rasa kebas di bahagian tangan dan kaki bukan? Kadang setelah lama duduk bersila, masa nak berdiri kaki, kita tak boleh digerakkan dan rasa kebas. Begitu juga ketika tertidur tak sengaja kita mengiring ke kanan dan meletakkan tangan dibawah pipi setelah bangun tangan itu akan terasa kebas. Masalah kebas ini boleh terjadi dimana-mana bahagian badan kita. Namun selalu berlaku di bahagian tangan dan kaki. Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaaannya disebabkan oleh irritasi saraf atau periperi terhimpit. Seperti penyakit lain, kebas ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari.



APA YANG MENYEBABKAN RASA KEBAS BERLAKU?

Rasa kebas boleh  berlaku disebabkan oleh :

1. Masalah Urat Saraf

● Saraf tercedera akibat kemalangan.
● Jangkitan pada saraf periferi seperti          Kayap.
● Carpel Tunnel Syndrome.
● Kerosakan saraf akibat bahan toksin.

2. Gangguan pada Saluran Darah
● Penyempitan saluran darah akibat dari amalan hidup yang kurang sihat seperti kurang bersenam,minum alkohol dan kurang menjaga pemakanan.

3. Lain - lain lagi
● Kesan sampingan ubat,contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti Isoniazide.
● Kekurangan Vitamin B12.
● Kekurangan darah.
● Terlalu gemuk
● Wanita yang mengalami putus haid.
● Orang yang kekurangan kalsium.


RAWATAN UNTUK KEBAS

Gangguan saraf seperti kebas ini dapat sembuh dengan sendirinya.Ia juga boleh menjadi lebih teruk, jika tak dirawat.Ia boleh menyebabkan anda akan rasa tidak selesa, bahkan boleh menyebabkan anda rasa lemah dan sakit. Untuk mengetahui penyebab tangan dan kaki anda sering kebas,adalah disarankan anda untuk membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu  untuk mengetahui lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda.
Disamping itu, anda boleh juga mengambil makanan tambahan atau vitamin  sebagai rawatan alternatif.

ANTARA VITAMIN YANG BOLEH ANDA AMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH KEBAS TANGAN DAN KAKI IALAH :

Jangan biarkan rasa kebas pada tangan dan kaki anda menjadi penghalang anda untuk melakukan tugas harian.Rawatan yang berterusan akan membantu anda untuk bebas dan terhindar dari gejala kebas ini untuk berulang. Dapatkan set vitamin di bawah untuk membantu anda mengatasi masalah kebas.

B COMPLEX

Kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex  Shaklee amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

OMEGA GUARD


Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.

OSTEMATRIX


Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.

Selain daripada itu gabungan set ini ialah ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit.

Jangan biarkan rasa kebas pada tangan dan kaki anda menjadi penghalang untuk anda aktif sepanjang hari. Rawatan yang berterusan akan membantu anda bebas dan terhindar dari gejala kebas berulang. Dapatkan set vitamin diatas untuk membantu anda mengatasi masalah kebas.

Berminat untuk mendapatkan Set Kebas? Anda boleh menghubungi wani

Untuk Info & Order :

Aida Azwani

0122787972

Shaklee Independent Distributor

ID-954533


No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Setiawanga Dan Kuala Lumpur

ANDA MENCARI PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR ? Assalammualaikum dan Hai.. saya Wanie. Perlukan Ready Stock? Wa...